Monday, March 30, 2009

Hadist Ke20 - Malu

Imam Nawawi berkata: "Di atas hadith inilah (hadist ke-20) hukum-hukum Islam dan tunjuk ajarnya berkisar.

Ini kerana 3 situasi:
  1. Semua perkara yg diperintahkan samada wajib atau sunat, hendaklah kita semua malu untuk meninggalkannya.
  2. Semua perkara dilarang samada haram atau makruh, hendaklah kita semua malu untuk melakukannya.
  3. Adapun perkara harus (mubah), maka malu untuk melakukan atau meninggalkan adalah diharuskan."

Jadi ada 5 (lima) perkara yang boleh di-highlight-kan dalam hadith ini:

  1. Wajib - jangan malu-malu buat semua //mesti malu kalau tinggal.
  2. Sunat - jangan malu-malu buat banyak-banyak // mesti malu kalau buat sikit.
  3. Haram - jangan malu-malu tinggal semua // mesti malu kalau buat.
  4. Makruh - jangan malu-malu tinggal banyak-banyak // mesti malu kalau buat banyak-banyak.
  5. Harus - jangan malu-malu ambil yang perlu-perlu sahaja // mesti malu kalau yang tak perlu pun ambil.

Firman Allah s.w.t:

وَاللّهُ لاَ يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ

"Sedang Allah tidak malu daripada menyatakan Kebenaran"
[Al-Ahzab (33): 53]

"Sesiapa yang
malu akan bersembunyi, sesiapa yang bersembunyi akan bertakwa, dan barangsiapa yang bertakwa akan terpelihara daripada keburukan."
-Umar al-Khattab-

5 Comments:

Blogger Abu Khalid said...

Apa hadis tu?

March 31, 2009 at 7:19 AM

 
Blogger ibnuajmain said...

a'ah...patut nyer ;tak atas skali... sowi ana xd format arab...xpandai wat..huhu

March 31, 2009 at 4:32 PM

 
Blogger Perantau said...

dah 2 minggu.. xde org add post pon T_T

April 16, 2009 at 7:58 PM

 
Blogger tuantaufik said...

mane gambarajah pokok yang kita lihat haritu (masa depan untuk Islam)
?

April 21, 2009 at 10:26 AM

 
Blogger Abu Khalid said...

Dah berbelas-belas minggu, masih tiada orang post.. Ntum ni tak buat kerja ke?

November 17, 2009 at 1:46 AM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home